Soalan Kerap Ditanya

Kenapa pula saya perlu menukar nama Wi-Fi saya?

Kamu bukan hanya perlu menukar nama (SSID) rangkaian Wi-Fi anda. Dengan hanya menetapkan url wifis.org anda (like wifis.org/contoh), kamu membuka peluang kepada orang-orang yang berada disekitar rangkaian anda untuk menghubungi anda tanpa perlu mereka untuk tahu identiti anda dan dimana anda tinggal. Kemungkinan besar jiran-jiran anda yang mesra akan menjemput anda untuk bertandang ke rumah mereka untuk majlis tertentu atau meminta kebenaran anda untuk berkongsi akses internet dengan bayaran bulanan. wifis.org adalah cara terbaru untuk bersilaturahim dengan orang di sekeliling anda. Jadilah sebahagian dari komuniti anda. Sertai kami.

Berapa harga yang dikenakan?

Percuma semata-mata. wifis.org akan kekal dan selalu percuma kepada sesiapapun.

Macam mana hendak buat akaun dan daftar url saya?

Ikut langkah-langkah berikut:
  1. Daftar masuk menggunakan Google atau akaun Facebook anda.
  2. Pilih url wifis.org anda.
  3. Pergi ke tetapan wireless router atau modem anda.
  4. Tukar nama rangkaian wifi anda kepada url wifis.org anda. (Anda dikehendaki menukar SSID di wireless router atau modem anda.)
  5. Rangkaian wifi anda sepatutnya kelihatan begini: wifis.org/contoh
  6. Oh ye, sementara anda membaikinya, pastikan rangkaian anda dapat dilihat dan dilengkapi dengan kata laluan.
Itu sahaja yang anda perlukan setakat ini. Barangsiapa yang berada dalam naungan rangkaian Wi-Fi anda akan dapat menghubungi anda dengan menggunakan url wifis.org anda di pelayar internet mereka.

Sesiapa sahaja boleh menggunakan wifis.org?

Sudah tentu! Apa yang anda perlu lakukan adalah menukar nama (SSID) rangkaian Wi-Fi anda. Jelas sekali, router wayarles atau modem anda perlulah berupaya untuk memanfaatkan karakter seperti ‘/’ dan ‘.’. Sila maklumkan pada kami, sekiranya anda menghadapi sebarang masalah.

Selamatkah wifis.org?

wifis.org dijamin 100% identiti-selamat dan menyelamatkan!
  • Anda dan rangkaian Wi-Fi anda tidak dapat ditelusuri melalui laman web kami.
  • Alamat emel anda, ID wifis.org anda dan segala mesej anda terselamat dari sebarang penyalahgunaan. Sudah tentu, data-data anda tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak ketiga.
  • Kami hanya menyokong daftar masuk melalui Facebook (?) dan Google (?) buat masa ini.
Maklumat tambahan boleh didapati pada Terma dan Syarat kami.